10.2.09

SUATU WAKTU DAHULU

Suatu waktu dahulu ,
Kami bersama ibu,
Gurau ria bapa
Ceria menyambut kepulangan kanda

Suatu waktu dahulu ,
Bapa teman cerita ,
Bonda riuh bicara ,
Dan kami...tiada duka

Suatu waktu dahulu ,
Kanda bantu kami ,
Mandi air perigi ,
sedia sarapan pagi

Suatu waktu dahulu ,
Bonda termangu di tangga ,
Bapa hanya menyapa ,
Buat apa emakmu.....

Suatu waktu dahulu ,
tiap hujung minggu
apa yang bonda tunggu ,
kepulangan anak-anakmu

Suatu waktu dahulu ,
terngiang di telingaku
' Jangan suruh budak-budak balik lagi '
Kalimah yang berteka teki

Suatu waktu dahulu ,
ayah bonda tidak benci ,
ayah bonda hanya diuji ,
terkena musibah di mata ,
merah menyala , tidak boleh dibuka
Ayah bonda kasihkan kami ,
bimbang dijangkiti
jadi bukan teka teki lagi

Suatu waktu dahulu ......
aku tidak mampu ,
menarikan lagu lagi
menggerak jari-jemari
bukan kerana jemu
kerana pilunya hati ini

Suatu waktu dahulu ,
Bonda , ayahda , dan kanda
Kami leka bahagia
Tika ini kami didakap rindumu
Doa saban waktu , agar ayahbonda dan kanda
dicucuri rahmatNya ... Amin

0 comments:

Post a Comment