Pelan Masjidul Al-Aqsa - Al Haram Al Sharif (1)

>> 15.10.09



klik untuk besarkan gambar

1. Islamic Museum with Fakhriyyah Minaret
2. Bab al-Magribah (Moroccans Gate)
3. Bab al-Silsilah ( Gate of the Chain)
4. Bab al-Sakina (Gate of Tranquility or Divine Presence)
5. Silsilah (Chain) Minaret. (Manarah al-Silsila)
6. Bab al-Mutarah (The Ablution Gate)
7. Bab al-Qattanin (Cotton Merchants Gate)
9. Bab al-Nadhir / Majlis (Council Gate)
9a - Fountain of Ibrahim al-Rumi
10. Minarat of Ghawanimah. & Bab al-Ghawanima (Ghawanima gate)
11. Bab al-Atim (Gate of Darkness)
12. Bab al-Hittah (Gate of Remission)
13. Minarat al-Asbat
14. Bab al-Asbat (Gate of the Tribes)
15. Bab al-Zahabi (Golden Gate)
15a. Bab al Rahma (Door of Mercy)
15b. Bab at-Tauba (Door of Repentance)
16. Cradle of Jesus
17. Al- Mussallah al Marwani (Solomons’ stables – substructure)
18. Al Masjidul Aqsa
19. Al-Fakhriyya Minarat
20. Dome of Yusuf Agha
21. Masjid Al Buraq and Station of Buraq
22. Al-Kas (The Cup) – The place of abulation
23. Mimbar of Buran ad-Din
24. Dome of Yusuf – A dome built to commemorate the Prophet Yusuf (as)
25. Dome of Al-Nahawiyyah (School of Literature) – Built in 1207
26. Dome of Moses - A dome built to commemorate the Prophet Moses (as)
27. The Fountain of Qasim Pasha
28. Pool of Raranj
29. Fountain of Qayt Bay ( Sabil Qait Bey)
30. Muezzin’s Dome
31. Dome of The Chain (Silsila)
32. Dome of the Rock (Qubbat al sakhra)
33. Dome of the Prophet - (Qubbat al-Nabi)
34. Dome of the Ascension - (The Qubbat al-Miraj)
35. Dome of al-Khalili (Hebronite)
36. Mihrab Ali Pasha
37. Dome of Al-Khidr
38. Dome of the Spirits (Ruh, Souls,Winds, Qubbat al Arwah)
39. Fountain of Sha’lan
40. Solomon’s Dome - (Qubbat Suleyman)
41. Dome of the Lovers of the Prophets
42. Fountain of Sultan Solomon
43. Solomon’s Throne

Read more...

MASJID-MASJID DI SEKITAR DUNIA

>> 17.9.09

MASJID NABAWI
Madinah Al-Mukarramah

622 - semasa zaman Rasulullah- 805 sqm
629 - pembesaran Oleh Rasulullah - 2,475 sqm
638 - Semasa Khalifah Umar bin Al-Khattab - 3,575 sqm
650 - Semasa Khalifah Uthman bin Affan - 4,071 square meters
706 - Semasa Khalifah Al-Walid bin Abd al-Malik - 6,450 ssqm
Semasa Khalifah Al-Walid I batu bata asal telah diganti dan penambahan masjid disisi.
779 - Semasa Khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi - 8,900 sqm
1483 - Sultan Qaid Bey - 9,020 sqm
1849 - Sultan Abdul Majid - 10,193 sqm
1950 - King Saud - 16,327 sqm

MASJID UMAWI
Damsyik (Syria)

Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik,
Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 - 96 Hijrah) (705 - 714 Masehi) di bandar Damsyik,
Syria sebagai Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umaiah pada waktu tersebut.
Masjid ini dibangunkan di atas kesan runtuhan tempat penyembahan orang-orang Rom
iaitu tempat pemujaan Dewa Jupitar. Ia dibina mengikut reka bentuk
Masjid Nabi s.a.w dengan mempunyai tiga buah menara yang juga
merupakan usaha pembinaan menara yang pertama di Syam
(Syria dan kawasan persekitarannya).
Masjid ini mempunyai empat buah pintu yang dihiasi dengan mozek,
di mana sisa mozek tersebut masih terdapat hingga sekarang
di beberapa bahagian terpenting di dalam pintu al-barid
(pintu sebelah barat masjid).
Suatu ketika dahulu berbagai jenis kitab dan manuskrip lama
di simpan di dalam masjid ini.

MASJID Masjed-é Emam

Arah Selatan Emam Khomeini Square.
Dikenali juga dgn nama Masjed-é Shah
Terletak di Esfahan, Iran
Sebuah masterpieces bersenibina di jaga oleh UNESCO.
Dibina pada 1611 zaman Safavid.
Terserlah dengan 7 warna kemilau seramik dengan Khat Al Quran.
Minaret setinggi 42m dihias dengan lebah bergantung

MASJID JAMEK SOUSA
Tunisia

Masjid ini telah dibina di bandar Sousa,
Tunisia oleh Abu al-Abbas Abdullah bin Ibrahim bin Ahmad al-Aghlabi
pada zaman pemerintahan kerajaan Aghlabi di utara Afrika
pada tahun (236 Hijrah - 850 Masehi).
Masjid ini merupakan sebuah masjid tua yang tercantik
dan terbesar yang masih ada. Di samping itu juga ia
merupakan salah satu mercu tanda yang besar dalam
sejarah pembinaan masjid, mihrab masjid ini diperbuat
dari kayu yang bergerak di mana ianya merupakan satu
penemuan yang tertua dalam sejarah pembinaan masjid dalam Islam.
Mihrab masjid ini menyerupai mihrab masjid Zaitunah di Tunisia
dan masjid Jamie' di Algeria.

MASJID QAIT BEY
Mesir

Masjid ini telah dibina di Mesir oleh Sultan Qait Bey
pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik tahun (877 Hijrah - 1427 Masehi).
Kini ia terletak di kawasan perkuburan Khalifah di selatan Kaherah.
Masjid ini merupakan sebuah masjid yang terakhir dibina oleh Sultan Qait Bey.
Ia merupakan hasil purba yang unik terutamanya seni bina kubahnya
yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Kesenian masjid ini amat menghairankan pakar arkeologi (kaji purba)
Perancis Jaston Wiett.

MASJID GIFU
Tokyo Jepun

Luas bangunan Masjid Gifu ialah 351 meter persegi,dan diperluas dengan sekolah Islam dan pusat budaya
Perasmian Masjid telah dihadiri oleh Imam Masjidil Haram,Mekkah, Syeikh Salih bin Humaid

MASJID AGUNG TAIPEI

(Mandarin: 臺北清真大寺; Hanyu Pinyin: Táiběi Qīngzhēn Dàsì)
adalah masjid terbesar dan termasyhur di Taiwan
dengan jumlah wilayah keseluruhan 2.747 meter persegi.
Mesjid ini terletak di daerah Daan, Kota Taipei.
Siap dibangun pada 13 April 1960 oleh
arkitek ternama Yang Cho-cheng.

MASJID HASSAN II
Morocco

Dengan hiasan dan senibina yg menakjubkan
diolah dengan keperluan terkini.
Yg ketara Masjid ini mempunyai teknologi
pemanasan lantai ketika musim sejuk
dan pembukaan bumbung ketika musim panas.
kedua terbesar didunia selepas Masjid Mekah.

MASJID TAN HOK LIANG


MASJID ABU ABBAS EL MURSI

MASJID BERSEJARAH DI ALEXANDRIA, MESIR
Dibina pada 1775 oleh org2 Algeria.
Setinggi 23m dengan gaya senibina Ayoubids.

MASJID LEJLEK

Serbia
Negara yg pernah
bergolak dulu

Masjid Al Askari
(لعسكري المسجد )

Terletak di kota Samarra di Irak.
Masjid ini dibangun pada 944,
Kubah emas masjid ini terakhir sekali dibangun kembali pada 1905.
Kubahnya, yang menjulang di kaki langit Samarra,
ditutupi dengan 72.000 lapisan emas,
ukurannya kira-kira 20 meter dan tingginya 68 meter.
Pengeboman
Pasukan-pasukan Irak bersiap-siap menyerbu Masjid Al Askari,
yang saat itu diduduki oleh kaum pemberontak, Oktober 2004
Pada 22 Februari, 2006, 6:55 am dua buah bom
diledakkan oleh lima hingga tujuh orang yang
berpakaian sebagai anggota Pasukan Khusus Irak yang memasuki tempat suci itu di pagi hari

Read more...

KITA BERTANYA, AL-QUR’AN MENJAWAB

>> 26.8.09


KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

AL-QURAN MENJAWAB: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3).

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DPT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

AL-QURAN MENJAWAB: "Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah ayat 216).

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN YG AKU TERIMA SEBERAT INI?

AL-QURAN MENJAWAB: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya." (Surah Al-Baqarah ayat 286).

KITA BERTANYA: KENAPA AKU SERING MERASA KECEWA?

AL-QURAN MENJAWAB: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (Surah Al-Imran ayat 139).

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

AL-QURAN MENJAWAB: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (Surah Al-Baqarah ayat 45).

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

AL-QURAN MENJAWAB: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?” (Surah At-Taubah ayat 111).

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU HARUS BERHARAP?

AL-QURAN MENJAWAB: "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." (Surah At-Taubah ayat 129).

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TERUS DIUJI? AKU DAH TAK TAHAN!!!

AL-QURAN MENJAWAB: "... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." (Surah Yusuf ayat 12).


Notakaki: Semoga peringatan ini memberi kesedaran kepada diri dan teman-teman yg lain. Janganlah kita terlalu mudah berputus asa dan mengalah dengan ujian yg ditimpakan ke atas kita di dunia ini! Mengadu dan memohonlah kepada Allah supaya kita semua menjadi kuat dan tabah dalam menghadapi segala cabaran, ujian, dugaan dan rintangan dalam kehidupan seharian. Ingatlah, Allah SWT sentiasa ada dengan kita, dan Dia tahu apa yg terbaik buat hamba-hambaNya…

...kongsibersama07..

Read more...

HATI

>> 13.8.09


Pesan Imam Ghazali: Carilah hatimu pada 3 tempat.
"Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"

~ HATI yang SEDAR ~

Firman Allah, maksudnya: "Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya." (Surah Qaf 50:37)


# HATI yang BERSIH #

Firman Allah S.W.T, maksudnya:" Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya-yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)." (Surah al-Syams 91:9)


~ HATI yang LURUS ~


Firman Allah s.w.t, maksudnya : (Mereka berdoa dengan berkata):"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat daripada sisi-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya." (Surah Ali'Imran 3:8)



......dan KAU pelihara daripadaku hati ini......


DARIPADA


#HATI yang TERHIJAB (TERTUTUP)#

Firman ALLAH S.W.T,mafhumnya :- "Dan di antara mereka ada Yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, Yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat Yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadaMu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang Yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu". (Al-An'am :25 )


by:- _Jundatullah

Read more...

ADZAN MULA DISYARIATKAN

>> 28.7.09


Adzan mulai disyariatkan pada tahun kedua Hijriah. Mulanya, pada suatu hari Nabi Muhammad SAW mengumpulkan para sahabat untuk memusyawarahkan bagaimana cara memberitahu masuknya waktu salat dam mengajak orang ramai agar berkumpul ke masjid untuk melakukan salat berjamaah.

Di dalam musyawarah itu ada beberapa usulan. Ada yang mengusulkan supaya dikibarkan bendera sebagai tanda waktu salat telah masuk. Apabila benderanya telah berkibar, hendaklah orang yang melihatnya memberitahu kepada umum. Ada juga yang mengusulkan supaya ditiup terompet seperti yang biasa dilakukan oleh pemeluk agama Yahudi. Ada lagi yang mengusulkan supaya dibunyikan lonceng seperti yang biasa dilakukan oleh orang Nasrani.

Usul lainnya adalah nyala api di atas bukit. Yang melihat api itu dinyalakan hendaklah datang menghadiri salat berjamaah. Semua usulan yang diajukan itu ditolak oleh Nabi, tetapi beliau menukar lafal itu dengan assalatu jami’ah (marilah salat berjamaah).

Read more...

  © Blogger templates Palm by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP