SETIAP kali muncul tarikh 1 April, rakyat negara ini termasuk umat Islam beriya-iya menyambut ‘April Fool’ dengan menggemparkan sanak saudara dan rakan taulan.
Selain `Hari Valentine’ yang sudah sinonim dengan masyarakat Islam negara ini tetapi lebih kepada soal berkasih- sayang, `April Fool’ pula menjurus kepada berseloroh.Klik tajuk untuk teks penuh..
Bagaimanapun, ada cerita sedih kepada masyarakat Islam di sebalik `April Fool yang perlu dijadikan renungan dan dihentikan sambutannya.
Adalah dipercayai sambutan `April Fool’ mula dirayakan ketika kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera Kristian.Penduduk Islam di Moors, Sepanyol terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan penganut Islam dari bumi Sepanyol, justeru, mereka membuat helah.Mereka memaklumkan penduduk Muslim boleh berlayar keluar dari bumi Sepanyol dengan selamat bersama-sama barangan mereka dengan menggunakan kapal di pelabuhan.
Orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran itu suatu penipuan pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokannya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan.Pada masa itulah pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk Islam.
Penganut Islam juga tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya musnah dibakar.
Pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, tidak kira lelaki, perempuan, serta anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan itu kemudiannya diraikan tentera Kristian.
Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan saja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai `April Fool’s Day’.Apa yang pasti setiap kali menjelang 1 April, sesetengah orang Islam begitu taksub dengan budaya `pandang ke Barat’ menjadi begitu sibuk sekali dengan kepala mereka penuh dengan senarai mangsa untuk dipermain-mainkan.
Apa yang menyedihkan ialah umat Islam di negara ini mudah mengingati sambutan pelik masyarakat bukan Islam terutama Barat tetapi lupa mengenai hari kebesaran hari di dalam Islam.
Yang menyedihkan, ada sebilangan orang-orang Islam yang turut memperingati April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan saudara se-Islam mereka sendiri.
Wahai umat Islam, berhati hatilah terhadap budaya ini..... hindari diri kita dari berbuat zalim. Ingatkanlah saudara saudara kita sesama muslim.
- Ingatlah bahawa tanggal 1 April adalah hari pembantaian umat Islam Sepanyol
- Dan yang penting dalam Al Quran & Hadis tidak ada perintah dimana boleh menipu orang lain sebagai bahan gurauan.
Terlepas dari apapun sejarahnya gurauan tersebut, mereka para musuh musuh Islam yang berlindung dibalik retorik Toleransi, Demokrasi, Liberalisasi, Persamaan jantina, percayalah mereka musuh-musuh Islam sangat serius ingin memudarkan cahaya Islam.
30.3.10
Sejarah April Fool
Tuesday, March 30, 2010
norfadhila
0 comments:
Post a Comment