14.1.09

TIANG JIN


Ayahku pernah bercerita tentang tiang jin yang terdapat di Masjidil Haram. Tiang jin tersebut telah dicari oleh jin setelah diperintahkan (mungkin oleh nabi.. aku dah lupa) untuk mencari satu tiang untuk dipasang di masjid tersebut, kerana masih kekurang satu tiang lagi.

Ayahku kata tiang jin itu condong sedikit. Ayahku telah melihat tiang itu ketika beliau menunaikan fardhu haji pada tahun 1972 dan beliau sekali lagi melihat dan duduk membaca al-quran di situ ketika menunaikan ibadah umrah 25 tahun kemudiannya.

Amalan memeluk tiang jin dengan kepercayaan tertentu adalah khurafat atau kepercayaan karut adalah ditegah oleh syarak kerana disamping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk sepertimana tersebut di dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Setiap bidaah itu sesat dan setiap yang sesat akan ditempatkan di dalam neraka”.

Mengamalkan amalan khurafat dengan tidak disedari boleh menjauhkan diri daripada Allah, walhal kedatangan jemaah haji ke Tanah Suci ialah untuk menghampirkan diri kepada Allah serta mensucikan diri dari segala dosa dengan tujuan mendapatkan haji mabrur.

Kini ayahku telah tiada, cerita-cerita sebeginilah yang menjadi kenangan buatku dan keluargaku.

0 comments:

Post a Comment