Berkenaan hak sebenar Masjidil Aqsa, kedaulatan dan kebebasan di sekitar kawasan Masjidil Aqsa menjadi milik Israel. Manakala Masjidil Aqsa itu sendiri, hak penjagaan dan pentadbiran dimiliki oleh Palestin, dan dijaga melalui wakil Palestin di sana.
Penduduk Israel sama ada Muslim atau tidak, dibenarkan untuk memasuki MasjidilAqsa dan bersolat di dalamnya. Namun bagi penduduk Palestin, terdapat pelbagai syarat yang dikenakan untuk masuk dan solat didalamnya, termasuklah seperti hanya lelaki berkahwin berusia lebih 50 tahun dsb.
Pengelaman rakan adik saya yang pernah berkunjung ke Masjid Al-Aqsa pada tahun 1990-an, ketika rombangan beliau tiba di Masjid Al-Aqsa, apa beberapa orang dari rombongan itu ingin solat sunat di masjid ke tiga paling mulia di dunia. Ketika mereka solat sunat, tentera-tentera Israel la’natuLlah menunggu di tepi mereka yang solat sunat dengan senapang atau senjata api jenis apa pun tak tahu. Sehingga begitu sekali..
Kita hanya bersemangat berapi-api mengata itu dan ini tentang kekejaman Israel yang tidak pernah endah terhadap soal kemanusiaan, walhal tanpa kita sedari rupa-rupanya kita juga turut menyumbang kepada kekuatan ekonomi dan waja diri Israel untuk terus melakukan kezaliman.
Saya juga suka membeli coklat cadbury, minum air coca-cola, pepsi, dan fanta. Begitu juga dengan keluaran syarikat Nestle seperti nescafe, maggie, smarties, nesquik, dan milkmaid.
Hendak masuk ke McDonalds ataupun * Kentucky Fried Chicken (KFC), rasanya tidak. Tapi kalau ada yang ingin belanja saya makan juga. Syampu jenama Head & Shoulders, sabun mandi Palmolive, dan bateri kecil Energyzer masih menjadi pilihan saya.
Kesudahannya adakah saya termasuk dalam golongan yang mahu Palestin diselamatkan daripada kezaliman Yahudi? Tiada gunanya saya bertempik menghentam tindakan mereka di Palestin, sekiranya saya tidak meninggalkan perbuatan membeli produk-produk tajaan mereka.
Seperkara lagi, adakah kita telah melaksanakan slogan yang berbunyi “Tegakkan daulah Islamiah dalam dirimu, maka akan tertegaklah daulah Islamiah dalam negaramu”? biar saya jawab untuk diri saya, … belum.
* Kentucky Fried Chicken (KFC) – walaupun KFC di Malaysia telah dimiliki oleh sebuah syarikat orang Islam yang turun naik mahkamah untuk mendapatkan KFC, ia tetap membayar komisyen ( atau apa-apalah ) kepada Israel tu…
10.1.09
MASJID AL-AQSA & Israel la’natuLlah
Saturday, January 10, 2009
norfadhila
0 comments:
Post a Comment