Assalamualaikum kawan-kawan,
SEMAKAN ARAH KIBLAT MELALUI KAEDAH ISTIWA’ MATAHARI DI KA’BAH 16 JULAI 2009 (5.28 petang ) waktu Malaysia.
APAKAH ITU ISTIWA’ MATAHARI?
Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Ka’bah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa.
Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Ka’bah terletak.
Waktu solat dan posisi info
Waktu solat dan posisi info
Apabila istiwa utama matahari berlaku, bayang objek tegak di tempat lain akan menunujukkan arah ke Ka’bah. Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.
PANDUAN MEMBUAT SEMAKAN ARAH KIBLAT :
1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1. Setiap orang Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di tempat kediaman dan ibadah masing-masing bagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.
2. Setelah semakan di buat dan terdapat sebarang kesilapan, sila betulkan mengikut arah yang betul, dan hubungi Bahagian Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Selangor.
3. Oleh kerana fenomena ini berlaku sebelah petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap ke arah barat.
Sumber : Majlis Agama Islam Selangor
Maklumat tambahan :Wikipedia- Kiblat
Nota – Ka’bah terletak pada koordinat 39o 49′ 34″ BT; 21o 25′ 21″ LU)
15.7.09
Panduan Arah Kiblat
Wednesday, July 15, 2009
norfadhila
0 comments:
Post a Comment