23.6.09

SONGKET


Sejarah dari mana datangnya kain songket itu tidak dapat dipastikan dengan tepat, namun dan asal usul perkataan songket dikatakan berasal daripada ‘menyungkit’ kerana dalam bahasa Siam ‘kek’ membawa erti menyungkit selain ‘songkok’ (China) membawa maksud yang sama.
SONGKET TERENGGANU

Mengikut Robyn Maxwell (1990), pengetahuan orang Melayu mengenai teknik songket mungkin diambil daripada orang Cina yang memperkenalkan bahan logam tetapi kehadiran budaya dari Timur Tengah, Parsi, Turki dan Moghul (India) telah memperkukuhkan lagi penghasilannya.
SONGKET CORAK ISTANA

Tidak banyak diketahui mengenai asal songket, tetapi kemungkinannya penenunan songket berkembang di Malaysia melalui perkahwinan antara keluarga diraja, yang merupakan strategi penyatuan biasa sekitar abad ke-15.
Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.

Contoh songket dari negara jiran :
SONGKET SUMATERA UTARA

SONGKET PANDAISIKEK, INDONESIA

SONGKET TAHILAND

SONGKET SUTERA THAILAND

1.6.09

PERANAN BAPA SEMAKIN MENCABAR

Masyarakat menghargai pengorbanan ibu. Hari Ibu disambut meriah setiap
tahun. Bermacam-macam program diadakan sempena Hari Ibu. Tetapi
pengorbanan bapa seperti dilupakan. Ramai tidak menyedari wujudnya
sambutan Hari Bapa. Tidak ada pihak mengadakan program meraikan Hari
Bapa. Tidak ada tokoh Bapa Mithali atau Bapa Soleh seperti dianugerahkan
kepada ibu sempena Hari Ibu.

Sesungguhnya dalam hal ini bapa menanggung amanah yang besar.
Maka dalam melaksanakan tugas tersebut memerlukan keikhlasan, kesediaan,
kesungguhan, pengetahuan tentang tugas kebapaan, kemampuan dan
ketakwaan kepada Allah SWT.
Semua aspek ini mempunyai pendekatan berbeza yang wajar dilakukan
oleh setiap bapa dengan perasaan yakin dan tenang. Setiap aspek memerlukan
kemahiran dan kemampuan khusus yang perlu dikuasai oleh kaum bapa.
Kemahiran kebapaan bukan lahir secara ‘kebetulan’ apabila bergelar bapa.
Semuanya memerlukan usaha ke arah itu. Seorang bapa dapat mendalami ilmu
kebapaan dengan menghadiri kursus, berkongsi pengalaman, pembacaan dan
penghayatan terhadap tugas.

Tugas bapa bukan setakat menyediakan keperluan hidup seperti tempat
tinggal, makanan dan pakaian kepada anak-anak. Bahkan belum sempurna
tugas tersebut biarpun telah berjaya memberi kemewahan material kepada
anak-anak. Keperluan bapa melaksanakan tanggungjawab adalah meliputi
keperluan fizikal dan rohani. Kedua-dua keperluan itu sama penting.
Bapa tidak patut menganggap tugas yang dilakukan sebagai satu beban.
Perasaan teras terbeban dengan tanggungjawab akan menghilangkan rasa
ikhlas. Ini menjadikan keadaan lebih kusut dan bercelaru. Tanggungjawab
kebapaan tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

Sebenarnya memimpin keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT adalah
satu jihad bagi seorang bapa untuk mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT.
Setiap masa yang diluangkan untuk mendidik dan bermesra dengan anak dan
ahli keluarga juga adalah sebahagian daripada jihad. Apa yang dilakukan tidak
sia-sia. Setiap tenaga yang dicurahkan dan wang yang dibelanjakan untuk
keluarga adalah sedekah. Balasan pahala yang disediakan amat besar. Bapa
mithali mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Dalam hal ini, Rasulullah SAW adalah contoh ikutan terbaik. Rasulullah
SAW menjelaskan aspek pergaulan dan kasih sayang adalah intipati kebahagiaan
sesebuah keluarga. Oleh itu Rasulullah SAW menganjurkan agar setiap bapa
sentiasa melakukan yang terbaik untuk keluarganya.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang yang paling baik di
kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli
keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan
dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).
Ramai bapa mengabaikan aspek kemesraan dalam pergaulan dengan anaanak
mereka. Mereka menganggap perkara tersebut tidak penting dalam
membina kebahagiaan keluarga. Ada sebilangannya yang lebih suka
menunjukkan sikap bengis sebagai cara mendidik anak. Dengan itu anak tidak
berpeluang ‘duduk rapat’ dengan bapa. Cara ini mengikut mereka lebih
berkesan agar anak-anak mudah mendengar kata dan tidak berani melakukan
perbuatan yang ditegah.

Namun begitu cara sedemikian mungkin berkesan ketika mana anak-anak
masih kecil tetapi hakikatnya kepatuhan anak kepada setiap larangan bukanlah
atas kesedaran atau kefahamannya mengapa sesuatu itu perlu dilakukan atau
dijauhi. Sebaliknya, anak tersebut tidak melakukan perbuatan dilarang hanya
disebabkan takut kepada hukuman.

Sebenarnya, bapa wajar sentiasa mengambil pendekatan terbaik untuk
membentuk hubungan mesra dan ceria dengan anak-anak. Ajarkan kepada anak
apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Beritahu mereka mengapa begitu dan
begini terjadi. Malah, bapa sendiri perlu menunjukkan contoh yang baik.
Di waktu itulah juga masa yang sesuai dijelaskan kaitan larangan dengan
kehendak agama dan undang-undang kerana semua yang betul dan salah
mempunyai alasan yang perlu diperjelaskan kepada anak. Jika ada perkara yang
belum mampu mereka fahami, beritahu mereka “apabila dewasa nanti baru
faham. Sekarang ini cukuplah tahu kena buat, jangan buat, boleh dan tidak
boleh buat”.

Amat penting bagi bapa agar sentiasa berpegang bahawa konsep
mendidik anak hendaklah berterusan. Bapa adalah contoh ikutan untuk
membentuk peribadi anak. Oleh itu anak memerlukan masa bersama-sama bapa
untuk memerhati dan mencontohi apa yang dilakukan oleh bapanya. Bapa
adalah guru yang paling berkesan. Anak mudah ‘percaya’ apa yang diberitahu
oleh bapanya.

Hal ini amat penting dalam soal akidah dan keimanan kerana bapa yang
mencorakkan akidah anak mengikut apa yang diajarkan dan anak ‘sedia’
menerima apa yang diberikan kepada mereka. Sekiranya bapa tidak
menjalankan tanggungjawab tersebut akan ada pihak lain akan mengambil alih.
Oleh itu amat penting bagi seseorang bapa memastikan apa yang sepatutnya
diterima oleh anak.

17.5.09

Otak dan Zikir


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.

Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.

Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya

14.4.09

ISA AL-MASIH DAN DAJJAL AL-MASIH

Al-Masih yang bererti :
Ash-shiddiq - yang benar /suka kepada kebenaran) dan
Adhalil Al-Kadzdzab - yang sesat lagi pembohong

Allah menciptakan dua Al-Masih yang kontradiktif.
Isa as adalah Al-Masih pembawa petunjuk.
Sedang Dajjal adalah Al-Masih kesesatan yang menyebarkan fitnah kepada manusia.

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah dekat masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: “Ya Rasulullah, ke mana orang-orang Arab ketika itu?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Jumlah mereka pada waktu itu terlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki sholih (Imam Mahdi).

Jabir bin Abdullah berkata, “Saya mendengarkan Rasulullah bersabda, ‘Umatku tidak akan berhenti berperang untuk membela yang benar hingga datang hari kiamat’. Rasulullah lalu bersabda, ‘Kemudian, turunlah Isa bin Maryam dan pemimpin mereka berkata, ‘Ke sinilah dan pimpinlah kami dalam sembahyang’, namun dia akan berkata, ‘Tidak! Sebab sebagian kalian adalah pemimpin untuk sebagian yang lain, sebagai penghormatan Allah terhadap umat ini’” [HR Muslim]

Masjidil Al-Aqsa

Nabi Isa akan turun ketika Imam Mahdi telah siap memimpin shalat Shubuh di Masjidil Aqsha. Melihat kedatangan beliau as, Imam Mahdi mempersilahkan beliau as untuk menjadi Imam. Namun Nabi Isa as lebih suka menjadi ma`mum dari ummat Nabi Muhammad SAW.

Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun antara saya dan Isa. Sesungguhnya, dia akan turun ke bumi. Maka jika kalian melihatnya, kenalilah dia. Dia adalah seorang laki-laki dengan ukuran sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Dia memakai dua baju kuning terang. Kepalanya seakan-akan ada air yang mengalir walaupun sebenarnya ia tidak basah. Dia akan berperang melawan manusia untuk membela Islam. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah. Allah akan menghapuskan semua agama di zamannya kecuali Islam. Isa akan membunuh Dajjal dan dia akan hidup di bumi selama empat puluh tahun dan kemudian dia meninggal. Kaum muslimin akan menyembahyangkan jenazahnya”. [Abu Dawud]

Menurut Ibnu Katsir, Nabi Isa diangkat pada usia 33 tahun. Dan beliau as akan turun kembali, dan menetap di bumi selama 7 tahun lagi, lalu wafat. Sehingga Nabi Isa as tinggal di bumi selama 40 tahun lamanya, yaitu 33 tahun ditambah 7 tahun.

Imam Mahdi dan Nabi Isa Memerangi Dajjal
Selesai sholat, Nabi Isa as berkata kepada semua jama’ah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu Masjid itu. Tiba-tiba terlihatlah Dajal dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.

Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal itu lari terbirit-birit karena ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi (Pintu Ludd). Dan di sanalah Nabi Isa Al-Masih membunuh Dajjal Al-Masih.

Pohon ghorqod. diberitakan bahawa zioni-yahudi telah menanam pokok2 ini. takut laa tu

Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka mencoba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai berbicara dengan seizin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pohon, dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Jika mereka bersembunyi di balik batu, maka batu pun berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.” Begitu pula jika bersembunyi di balik pohon, kecuali pohon Ghorqod, dia itu pohon Yahudi.(nama latin: Nitraria retusa)

24.3.09

TUALA WANITA DIPERBUAT DARI KERTAS KITAR SEMULA



TAHUKAH ANDA.......
KEBANYAKAN TUALA WANITA DI PASARAN SEKARANG DIPERBUAT DARI KERTAS KITAR SEMULA DAN KERTAS YANG DIRENDAM DALAM BAHAN KIMIA BAGI MEMUTIHKANNYA? BAHAN KIMIA YANG DIGUNAKAN ADALAH UNTUK TUJUAN INDUSTRI, DAN AMAT MERBAHAYA KEPADA ORGAN WANITA.. BOLEHKAH ANDA BAYANGKAN, TUALA WANITA YANG DIPAKAI BERTAHUN-TAHUN SELAMA INI ADALAH BAHAN KITAR SEMULA YANG MERBAHAYA? INI ADALAH PUNCA PELBAGAI PENYAKIT WANITA PADA HARI INI

- 83% terdedah kepada jangkitan faraj
- 62% disebabkan penggunaan tuala wanita yang berkualiti rendah
Statistik Menunjukkan Penyakit Wanita Semakin Meningkat Dan Membimbangkan!

Antara tuala wanita yang terbaik setakat ini adalah TUALA WANITA ANION.