17.9.09

MASJID-MASJID DI SEKITAR DUNIA

MASJID NABAWI
Madinah Al-Mukarramah

622 - semasa zaman Rasulullah- 805 sqm
629 - pembesaran Oleh Rasulullah - 2,475 sqm
638 - Semasa Khalifah Umar bin Al-Khattab - 3,575 sqm
650 - Semasa Khalifah Uthman bin Affan - 4,071 square meters
706 - Semasa Khalifah Al-Walid bin Abd al-Malik - 6,450 ssqm
Semasa Khalifah Al-Walid I batu bata asal telah diganti dan penambahan masjid disisi.
779 - Semasa Khalifah Al-Mahdi Al-Abbasi - 8,900 sqm
1483 - Sultan Qaid Bey - 9,020 sqm
1849 - Sultan Abdul Majid - 10,193 sqm
1950 - King Saud - 16,327 sqm

MASJID UMAWI
Damsyik (Syria)

Masjid ini telah dibina pada zaman pemerintahan Khalifah Umawi al-Walid bin Abdul Malik,
Khalifah Kerajaan Umawi pada tahun (86 - 96 Hijrah) (705 - 714 Masehi) di bandar Damsyik,
Syria sebagai Ibu Kota pemerintahan kerajaan Umaiah pada waktu tersebut.
Masjid ini dibangunkan di atas kesan runtuhan tempat penyembahan orang-orang Rom
iaitu tempat pemujaan Dewa Jupitar. Ia dibina mengikut reka bentuk
Masjid Nabi s.a.w dengan mempunyai tiga buah menara yang juga
merupakan usaha pembinaan menara yang pertama di Syam
(Syria dan kawasan persekitarannya).
Masjid ini mempunyai empat buah pintu yang dihiasi dengan mozek,
di mana sisa mozek tersebut masih terdapat hingga sekarang
di beberapa bahagian terpenting di dalam pintu al-barid
(pintu sebelah barat masjid).
Suatu ketika dahulu berbagai jenis kitab dan manuskrip lama
di simpan di dalam masjid ini.

MASJID Masjed-é Emam

Arah Selatan Emam Khomeini Square.
Dikenali juga dgn nama Masjed-é Shah
Terletak di Esfahan, Iran
Sebuah masterpieces bersenibina di jaga oleh UNESCO.
Dibina pada 1611 zaman Safavid.
Terserlah dengan 7 warna kemilau seramik dengan Khat Al Quran.
Minaret setinggi 42m dihias dengan lebah bergantung

MASJID JAMEK SOUSA
Tunisia

Masjid ini telah dibina di bandar Sousa,
Tunisia oleh Abu al-Abbas Abdullah bin Ibrahim bin Ahmad al-Aghlabi
pada zaman pemerintahan kerajaan Aghlabi di utara Afrika
pada tahun (236 Hijrah - 850 Masehi).
Masjid ini merupakan sebuah masjid tua yang tercantik
dan terbesar yang masih ada. Di samping itu juga ia
merupakan salah satu mercu tanda yang besar dalam
sejarah pembinaan masjid, mihrab masjid ini diperbuat
dari kayu yang bergerak di mana ianya merupakan satu
penemuan yang tertua dalam sejarah pembinaan masjid dalam Islam.
Mihrab masjid ini menyerupai mihrab masjid Zaitunah di Tunisia
dan masjid Jamie' di Algeria.

MASJID QAIT BEY
Mesir

Masjid ini telah dibina di Mesir oleh Sultan Qait Bey
pada zaman pemerintahan Kerajaan Mamalik tahun (877 Hijrah - 1427 Masehi).
Kini ia terletak di kawasan perkuburan Khalifah di selatan Kaherah.
Masjid ini merupakan sebuah masjid yang terakhir dibina oleh Sultan Qait Bey.
Ia merupakan hasil purba yang unik terutamanya seni bina kubahnya
yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.
Kesenian masjid ini amat menghairankan pakar arkeologi (kaji purba)
Perancis Jaston Wiett.

MASJID GIFU
Tokyo Jepun

Luas bangunan Masjid Gifu ialah 351 meter persegi,dan diperluas dengan sekolah Islam dan pusat budaya
Perasmian Masjid telah dihadiri oleh Imam Masjidil Haram,Mekkah, Syeikh Salih bin Humaid

MASJID AGUNG TAIPEI

(Mandarin: 臺北清真大寺; Hanyu Pinyin: Táiběi Qīngzhēn Dàsì)
adalah masjid terbesar dan termasyhur di Taiwan
dengan jumlah wilayah keseluruhan 2.747 meter persegi.
Mesjid ini terletak di daerah Daan, Kota Taipei.
Siap dibangun pada 13 April 1960 oleh
arkitek ternama Yang Cho-cheng.

MASJID HASSAN II
Morocco

Dengan hiasan dan senibina yg menakjubkan
diolah dengan keperluan terkini.
Yg ketara Masjid ini mempunyai teknologi
pemanasan lantai ketika musim sejuk
dan pembukaan bumbung ketika musim panas.
kedua terbesar didunia selepas Masjid Mekah.

MASJID TAN HOK LIANG


MASJID ABU ABBAS EL MURSI

MASJID BERSEJARAH DI ALEXANDRIA, MESIR
Dibina pada 1775 oleh org2 Algeria.
Setinggi 23m dengan gaya senibina Ayoubids.

MASJID LEJLEK

Serbia
Negara yg pernah
bergolak dulu

Masjid Al Askari
(لعسكري المسجد )

Terletak di kota Samarra di Irak.
Masjid ini dibangun pada 944,
Kubah emas masjid ini terakhir sekali dibangun kembali pada 1905.
Kubahnya, yang menjulang di kaki langit Samarra,
ditutupi dengan 72.000 lapisan emas,
ukurannya kira-kira 20 meter dan tingginya 68 meter.
Pengeboman
Pasukan-pasukan Irak bersiap-siap menyerbu Masjid Al Askari,
yang saat itu diduduki oleh kaum pemberontak, Oktober 2004
Pada 22 Februari, 2006, 6:55 am dua buah bom
diledakkan oleh lima hingga tujuh orang yang
berpakaian sebagai anggota Pasukan Khusus Irak yang memasuki tempat suci itu di pagi hari