15.12.08

Ficus Carica Kuala Pontian

Image Hosted by UploadHouse.com

Image Hosted by UploadHouse.com

Pada bulan mei 2008 lalu, penulis sekeluarga telah berkunjung ke Kuala Pontian yg juga merupakan satu penempatan lama di Daerah Rompin Pahang. Kampong tersebut sudah begitu sepi dan semakin berkurangan kadar penduduknya. Kunjungan itu adalah retetan dek kerinduan jiwa apabila terkenangkan 'kemasyhuran' nya sekitar tahun 60'an lalu. Pada ketika itu di perkampongan tersebut lengkap dengan balai polis, pejabat kastam, sek.keb.china, balai jabatan hutan, kelinik bidan dan pelbagai kemudahan lagi.

Ketika dalam perjalanan pulang, penulis teringatkan sepohon pokok yg bernama 'kerkut' yg telah tiada, yg tumbuh berhampiran dengan surau kampong itu. Kesempatan itu saya bertemu seorang penduduk yg di kenali dengan nama 'Cu Ni' untuk bertanya dimana boleh kita dapatkan benih pokok kerkut itu. Beliau terdiam sebentar dan berkata "cuba pergi ke rumah seorang penduduk yg bernama Manan" yg jarak rumahnya lebih kurang 500 meter, mungkin ada benih nya disana.

Setibanya kami sekeluarga kerumah yg dimaksudkan, pihak tuan rumah menyatakan benih nya perlu di "tut" baru boleh di ambil dan ditanamkan. Kami akur dan berpesan dilain kali akan datang lagi kesini, dan meminta tuan rumah itu menyediakan benih nya. Sebelum kami pulang ke rumah kakak di Simpang Sepayang, kami sekeluarga agak terkejut bila terpandang sebatang pokok yg cukup rendang dan subur tumbuh dihadapan rumah menantu nya. Kami mendekati dan bertanya apakah nama pokok tersebut dan si-tuan rumah memanjat untuk mengambil buah nya beri pada kami untuk merasakan keenakannya.

Pokok Ara kata nya, apabila di belah buah tersebut, saya agak kaget kerana ia betul2 menyerupai buah Tin yg selalu di bawa pulang dari tanah suci. Saya ingin membeli benih pokok itu (kata org kampong itu "minta turut") dan bertanya pokok tin ke ni? dia kata kat sini orang panggil pokok ara. Bila pulang ke rumah saya, terus 'check online', pokok itu dikenali dengan nama saintifik nya senagai "ficus carica".

Sebenarnya ceritanya agak panjang juga tapi disiarkan setakat ini sahaja, kerana artikel ini lebih mirip untuk "test market" satu lagi blog yg baru muncul di persada maya ini.

- editor mengejar cahaya
http://sentiasa.blogspot.com/2008_07_01_archive.html